Selepas gambar dedah peha, Nonny Nadirah kongsi gambar tak berbaju pula

Sebaran :


SELEPAS mendapat kecaman dan teguran kerana berkongsi gambar seksi yang mendedahkan peha, penyanyi, Nonny Nadirah sekali lagi membuat kejutan dengan berkongsi gambar tidak berbaju.

Gambar tersebut dimuat naik penyanyi itu di akaun Instagram miliknya tengah malam tadi dan menutup ruangan komen.

Turut disertakan bersama gambar tersebut ialah status yang dipercayai merujuk kepada jenama produk kesihatan.

Sementara itu, rakan Nonny yang juga seorang penyanyi, Mila Jirin sebelum ini pernah membuat teguran terbuka dan mendoakan sahabatnya itu.

Kali kedua gambar tersebut dimuat naik, Mila sekali lagi memberi teguran dan kali ini ternyata lebih tegas.

Malah, Mila memberitahu yang dia sebelum ini terpaksa menutup ruangan komen kerana telah dimaki hamun oleh netizen kerana membuat teguran terbuka kepada Nonny.

“Aku telan orang maki hamun aku…Aku telan orang kutuk aku asalkan AKU DAPAT BAGITAU PADA 1 DUNIA NI YANG KAU TU ANAK YANG BAIK! SAHABAT YANG BAIK!

“Harini aku antara yang SANGAT FRUST! Rasa macam selama ni aku bercakap dengan seorang PELAKON!,” kata Mila menerusi status di akaun Instagram miliknya.

Malah, Mila turut mendoakan supaya sahabatnya itu kembali berubah kerana hanya Allah yang mampu mengubah apa yang difikirkan Nonny ketika ini. SM


Sebaran :

Leave a Reply