SC siasat lima skim pelaburan tipu RM7 juta wang pelabur


KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sedang menyiasat satu sindiket yang disyaki mendalangi lima skim pelaburan tidak berlesen, termasuk dua skim firma klon, yang telah menipu ratusan pelabur dengan jumlah lebih RM7 juta dalam aktiviti pelaburan yang tidak berlesen.

Susulan aduan dan maklumat daripada orang ramai, baru-baru ini SC telah menyerbu beberapa lokasi di Kuala Lumpur dan merampas rekod dan peranti yang digunakan oleh sindiket tersebut. SC turut merampas pelayan (server) yang digunakan sindiket itu dalam menjalankan skim penipuan.

Siasatan sedang dijalankan atas kesalahan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.

Siasatan awal menunjukkan bahawa sindiket tersebut telah menjalankan sekurang-kurangnya lima skim pelaburan tidak berlesen sejak 2016:

1. Amal Trust (juga dikenali sebagai Wakala Ventures atau AML Global) Nombor Pendaftaran Syarikat: 002848059-U URL: https://amal-trust.com/ (disekat)

2. Asia Equity Ventures Nombor Pendaftaran Syarikat: 002576131-V URL: Tidak dapat diakses lagi sejak 2018

3. Perniagaan Global Ekuiti Nombor Pendaftaran Syarikat: 002697965-K URL: Tidak mempunyai laman web

4. Lindale Ventures Nombor Pendaftaran Syarikat: 003041846-U URL: http://www.lindale-ventures.com/ (disekat)

5. Waheed Ventures (juga dikenali sebagai Waheed Trading atau Wadeed Global Ventures) Nombor Pendaftaran Syarikat: 003089431-V URL: https://waheed-ventures.com/ (disekat)

Orang ramai yang telah berurusan dengan skim-skim tidak berlesen ini atau dengan wakilnya diminta untuk tampil memberikan maklumat yang berkaitan kepada pihak SC dengan menghubungi 012-6113519 atau e-mel [email protected].

Kesemua lima skim tersebut telah dimasukkan ke dalam Senarai Peringatan Pelabur SC iaitu http://www.sc.com.my/investor-alert.

SC juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk menyekat laman-laman web yang berkaitan.

SC turut mengingatkan para pelabur agar sentiasa berhati-hati ketika menilai peluang pelaburan, terutamanya yang menjanjikan pulangan yang sangat tinggi degan sedikit atau tanpa risiko.

Pelabur juga disarankan agar mendapatkan bimbingan penasihat berlesen yang sah dan digesa untuk mengesahkan status individu atau syarikat yang menawarkan peluang pelaburan melalui laman web SC di: – www.sc.com.my/regulation/licensing/licensed-and-registered-persons dan – www.sc.com.my/development/digital/list-of-registered-recognized-market-operators. MG

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker