Mahkamah benarkan permohonan semakan kehakiman Pejuang

Sebaran :

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) memulakan semakan kehakiman bagi menggesa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mendaftarkannya sebagai parti politik.

Peguam yang mewakili Pejuang, Muhammad Rafique Rashid Ali mengesahkan bahawa mahkamah membenarkan permohonan semakan kehakiman berkenaan.

“Kebenaran diberikan. Pengurusan kes berikutnya adalah pada 15 April 2021. AGC (Pejabat Peguam Negara) tidak keberatan (terhadap permohonan kebenaran), ” jelas peguam itu.

Lupakan PAS, Umno perlu bangkit dan lawan, kata penganalisis

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh untuk mendengar merit penghujahan berhubung semakan kehakiman berkenaan.



Pejuang sebelum ini mengheret Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin ke mahkamah kerana dikatakan gagal membuat keputusan mengenai rayuannya  agar pertubuhan itu didaftarkan.

Pejuang mengemukan rayuan terhadap menteri tersebut berhubung keputusan RoS pada 6 Januari yang menolak permohonan pendaftaran parti itu.

 

Pemilihan UMNO: Selepas KJ & Reezal, Shahidan bangkit mahu ia diteruskan


Sebaran :

Leave a Reply