Mati Melecur Bila Padah tiru aksi lurus rambut di YouTube
New Delhi: Gara-gara terpengaruh dengan video di YouTube, seorang kanak-kanak berusia 12 tahun dari Thiruvanathapuram, Kerala, India maut akibat melecur ketika cuba meluruskan rambutnya.
Tribunews melaporkan mangsa dikenali Sivanarayanan pada mulanya sempat dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan, tetapi akhirnya meninggal dunia.
Jurucakap polis memaklumkan, siasatan mendapati kejadian berlaku selepas mangsa menuang minyak tanah pada rambutnya sebelum menyalakan api.
Namun, mangsa tidak bernasib baik apabila api itu tidak dapat dikawal menyebabkan dirinya terbakar.
“Mangsa dipercayai cuba meniru teknik (meluruskan rambut) selepas menonton video pendandan rambut di YouTube.
“Mangsa ke tandas untuk meniru aksi sama namun percubaannya tidak menjadi apabila api menyambar tubuhnya.
Difahamkan, teknik meluruskan rambut dengan cara itu popular dalam kalangan pendandan dan pereka fesyen rambut di Eropah.
Namun, orang ramai tidak digalakkan melakukannya tanpa bantuan pendandan profesional.
Bakar kawan kerana RM50, polis tahan lelaki bantu siasatan
You must be logged in to post a comment.