Mayat berulat atas bumbung bengkel

Sebaran :


KLANG – Seorang lelaki yang hilang sejak Jumaat lalu ditemui mati dengan keadaan mayatnya telah berulat di atas bumbung sebuah bengkel di Bukit Kapar di sini hari ini.

Mayat lelaki berusia 54 tahun ditemui orang awam sebelum memaklumkannya kepada pihak berkuasa.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, seramai 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar telah dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 7.54 malam.

Katanya, mayat lelaki itu ditemui pada ketinggian kira 3.3 meter di atas bumbung itu.



“Mayat itu telah disanitasi sebelum diturunkan dan berdasarkan keadaan mayat telah berulat dan tidak sempurna.

“Kemudiannya mayat itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi hari ini. K Online


Sebaran :

Leave a Reply