PAU 2020: No Anwar, No DAP’ & No PPBM! UMNO-BN Akan Hadapi PRU-15 Bersendiri – Presiden UMNO
PETALING JAYA: Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, menegaskan parti itu tidak akan mengadakan kerjasama dengan PPBM, Anwar Ibrahim, mahu pun DAP, pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
“Tidak ada perbincangan dengan mana-mana parti tersebut sama ada secara rasmi atau tidak rasmi,” katanya dalam ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung Umno 2020 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.
“BN telah memutuskan akan menghadapi PRU15 secara bersendirian,” katanya.
Mengenai kerjasama dengan PAS menerusi Muafakat Nasional, Zahid berkata piagam MN “belum sampai ke penghujungnya, namun belum terlambat untuk kita kembali ke pangkal jalan.”
You must be logged in to post a comment.