PAU 2020: Menteri, Timbalan Menteri dan Pengerusi GLC UMNO perlu tarik diri hari ini

KUALA LUMPUR – Semua ahli UMNO yang memegang jawatan dalam Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) termasuk diberikan jawatan dalam GLC diminta menarik diri mulai hari ini.

Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, ia susulan cadangan daripada bahagian-bahagian yang mengadakan mesyuarat perwakilan.

“Cadangan daripada bahagian yang telah mengadakan mesyuarat perwakilan menegaskan sekali lagi apa yang telah diputuskan Majlis Kerja Tertinggi (MKT)



PAU 2020: No Anwar, No DAP’ & No PPBM! UMNO-BN Akan Hadapi PRU-15 Bersendiri – Presiden UMNO

“MKT memutuskan bahawa kita akan putus kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Ia juga bererti semua ahli UMNO yang jadi menteri, timbalan menteri dan yang pegang jawatan dalam GLC mesti tarik diri mulai hari ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas selesai perasmian Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, pada Ahad.



 

PAU 2020: UMNO BN bukan lagi dominan, perlu ‘kerjasama politik’ yang menguntungkan mereka



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker