Siasat kerosakan Gua Matsoorat selepas penggambaran drama — MYKMU.NET

Siasat kerosakan Gua Matsoorat selepas penggambaran drama



Sebaran :

 

IPOH: Kerajaan Perak sedang menyiasat dakwaan fosil berusia jutaan tahun dan bahagian dinding di Gua Matsoorat di sini telah dirosakkan ketika syarikat produksi drama menjalankan penggambaran.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Perak Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata pihaknya menerima aduan berhubung kerosakan di tapak bersejarah itu daripada sebuah NGO.

“Untuk makluman, Majlis Bandaraya Ipoh telah memberikan kelulusan menjalankan penggambaran kepada Syarikat Juita Viden Sdn Bhd di sekitar Bandaraya Ipoh mulai 20 Feb lalu hingga 30 April ini.



“Hasil semakan, pihak syarikat produksi itu dimaklumkan mereka hanya boleh menjalankan penggambaran di tapak luar kawasan gua berkenaan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

[VIDEO] Michael Ang Berang! Dituduh Pelakon ‘Extra’ Langgar SOP? “Kau Orang Yang Busuk Hati Tu Pergi Bersihkan Jiwa …”

Bagaimanapun katanya terdapat kesan pencerobohan kerosakan pada fosil di dalam gua, namun pihak syarikat menafikan ini dilakukan oleh pihaknya sebagaimana didakwa oleh pihak operator.

Susulan itu, Nolee Ashilin berkata sesi perbincangan bersama pihak syarikat dan operator gua berkenaan telah diatur bagi mencari jalan penyelesaian.



Terdahulu, tular di laman sosial apabila pengguna Facebook mendedahkan terdapat kerosakan berkenaan selepas penggambaran sebuah drama popular selain mendakwa kru produksi membuang sampah merata-rata dengan perkongsian beberapa gambar menunjukkan kerosakan dan ukiran tajuk drama itu pada dinding gua.

Pengarah Michael Ang menerusi laman Instagramnya menyatakan kekesalan akan insiden itu dan memberitahu sedang mengesan individu yang melakukan tindakan tidak bertanggungjawab berkenaan.

Dr Mahathir punca segala kerosakan – Hadi


Sebaran :


Leave a Reply