Najib: Macam-macam pihak nak meminang Umno

Sebaran :


Najib Razak berkata jika sebelum ini Umno dilemparkan dengan pelbagai kata-kata nista, namun sekarang parti itu cuba “dipinang” oleh parti lain.

“Semua ternanti-nanti apa arah tuju Umno. Ahli-ahli Umno rakan seperjuangan saya, agak pelik bagi kita tahun ini.

“Jika dahulu berbagai kata-kata tak elok dilemparkan kepada Umno, hari ini macam-macam pihak nak masuk meminang Umno.

“Hari-hari mereka petik nama Umno dan hubungan dengan Umno.

“Bagi saya tiada pendapat yang lebih penting daripada akar umbi ahli-ahli kita,” kata Najib ketika menyampaikan perutusan sempena Perhimpunan Agung Umno 2020 yang akan berlangsung esok.

Ucapan berkenaan disiarkan secara langsung di Facebooknya, petang ini.

Bagaimanapun, Najib tidak mendedahkan pihak yang dikatakannya hendak melamar Umno itu atau bentuk hubungan yang mahu dijalin parti tersebut.

Najib berkata perwakilan Umno pastinya ternanti-nanti mengenai hala tuju parti itu selepas ia dikaitkan dengan pelbagai spekulasi.

Dalam pada itu Najib berkata, meskipun Umno sebahagian daripada kerajaan, namun parti itu tetap bersuara memperjuangkan hak rakyat.

Bekas presiden Umno itu menyifatkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini tidak mempunyai hala tuju pembangunan serta kepimpinan ekonomi bagi memulihkan ekonomi negara.

Jelas Najib yang juga bekas presiden Umno itu, sektor ekonomi khususnya perniagaan berada dalam keadaan cukup sukar ketika ini.

“Malangnya keadaan tidak berubah hari ini, tidak ada hala tuju pembangunan, tiada ada Kepimpinan ekonomi, tidak ada tindakan pemuihan.

“Seolah-olah kita rakyat diminta bersyukur, terima nasib dan redha dengan keadaan semasa,” katanya lagi.

Perhimpunan Agung Umno 2020 akan berlangsung selama dua hari di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Untuk rekod Umno, BN merupakan sebahagian daripada kerajaan PN pimpinan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

Umno bekerjasama dengan Bersatu, PAS, GPS dan parti dari Sabah membentuk kerajaan Persekutuan yang baru selepas kejatuhan Pakatan Harapan (PH) Februari tahun lalu. Mk

Parti Perlukan Orang UMNO, Bukan Sekadar Ahli Yang Meramaikan


Sebaran :

Leave a Reply