Zahid saman Malaysiakini RM220juta


DATUK Seri Ahmad Zahid Hamidi mengemukakan saman fitnah terhadap portal berita propembangkang Malaysiakini sebanyak RM220 juta.

Tuntutan itu dibuat berdasarkan 22 artikel fitnah setebal 283 muka surat terhadap Presiden UMNO itu.

Writ saman telah dikemukakan di Mahkamah Tinggi pada 24 Mac lalu.

Difahamkan saman itu ada kaitan dengan liputan portal berita berkenaan sepanjang perbicaraan kes mahkamah membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Ahmad Zahid berdepan 47 pertuduhan termasuk rasuah, salah guna kuasa dan penggubahan wang haram.

Sebanyak 99 saksi telah memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan selepas ini hakim akan memutuskan sama tuduhan berkenaan mempunyai prima facie atau tidak.

Tertuduh perlu membela diri jika terdapat prima facie, manakala jika sebaliknya kes berkenaan akan digugurkan.

SPRM mula menyiasat pemimpin UMNO itu selepas Barisan Nasional (BN) kalah pada pilihan raya umum pada 2018.

Saksi terakhir perbicaraan itu seorang pegawai kanan SPRM mengakui tidak pernah melihat pemimpin politik dituduh sebanyak itu.

Pihak pembela menegaskan bahawa pertuduhan itu adalah bermotifkan politik. SM

Malaysiakini putar belit sejarah peristiwa 13 Mei – DPP Perak

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker