NABILA RAZALI SEDIH DIKRITIK

Sebaran :

Nabila Razali meluahkan perasaan sedih apabila ramai yg mengkritik persembahan beliau di Program AJL35. Kata nya “Apa yang saya kesal ialah tak sangka orang yang mencari rezeki dalam bidang yang sama turut berbual pasal benda negatif sedangkan kami berkongsi periuk nasi yang sama. Sekurangnya insiden macam ini mengajar saya untuk tahu yang mana kawan dan yang mana lawan saya.”

“Ada yang tidak mengenali saya tapi bercakap seolah mengenali saya daripada kecil,” kata penyanyi Nabila Razali yang meluahkan rasa sedih apabila ada rakan artis memperkecilkan kemampuannya dengan mengkritik secara terbuka kesilapan yang dilakukannya.

Meskipun nyanyiannya yang terkucil di Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) dikritik teruk, namun ia tidak mematahkan semangat Nabila untuk terus menyanyi. Ujarnya, apa yang berlaku sekaligus memberi pengajaran kepada dirinya dalam menilai seorang kawan atau lawan.

Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali, 29, berkata, kejadian itu hanya menyemarakkan lagi semangatnya untuk membuktikan dia serius mahu menjadi penyanyi.



Malah, Nabila yang mempertaruhkan lagu ‘Peluang Kedua’ di pentas AJL35 itu berkata dia juga tidak menolak untuk bertanding lagi di pentas berprestij itu jika lagunya tercalon.

“Tidak mungkin saya berhenti. Saya memang suka menyanyi dan tiada yang boleh halang saya untuk terus berada dalam bidang dicintai ini. Itu bukan pengakhiran dan hidup perlu diteruskan. Itu bukan titik noktah untuk perjuangan saya dalam industri muzik sebab inilah yang saya mahu.

“Saya buat ini bukan untuk sesiapa tapi untuk keluarga dan diri sendiri. Insiden itu bukan titik noktah untuk saya berhenti daripada perjuangan dalam industri ini sebab menyanyi memang perkara yang saya suka buat.

“Tipulah kalau cakap saya tidak menangis, memang saya menangis lepas buat persembahan dan sehari selepas AJL35 memang saya habiskan masa untuk lepaskan semua kesedihan itu dan kemudian bangkit semula,” ujarnya.



Nabila yang juga bergelar seorang pelakon itu berkata, pada malam AJL35 itu, dia sebenarnya terlalu gugup dan tidak menjangka insiden itu boleh berlaku.

“Sebagai seorang manusia biasa, kita tak boleh kawal apa yang akan berlaku, saya dah berlatih tapi insiden itu dah pun terjadi dan ia di luar kawalan saya. Malam itu memang nak jadi. Saya memang pergi kelas (nyanyian), buat apa yang patut untuk persiapkan diri, malangnya ia terjadi juga.

“Tertekan itu tidak, tapi gugup memang ada. Saya sangat gementar apabila terus membuat persembahan di pentas besar selepas sekian lama tidak menyanyi di acara-acara lain,” jelasnya.

Menurut Nabila, dia juga memutuskan untuk tidak keluarkan sebarang kenyataan sejurus insiden itu kerana tidak mahu memanjangkan perkara itu.



Nabila berkata, dia juga serba-salah kerana hari itu sepatutnya orang akan bercerita mengenai pemenang AJL35, tetapi apa yang berlaku ialah cerita dia pula yang ditularkan.

“Disebabkan itu, saya tidak keluarkan apa-apa kenyataan kerana tak mahu panjangkannya. Bagi saya, malam itu malam paling indah untuk saya walaupun apa pun yang terjadi,” tuturnya.

AJL35: Tiada lagi peluang ketiga buat Nabila – Netizen

Saya mohon maaf – Nabila Razali


Sebaran :

Leave a Reply