[VIDEO] ERNIE ZAKRI SYAMEL NIKAH ESOK



Ernie Zakri dan tunang nya , Syamel dijangka melangsungkan pernikahan mereka pada pagi esok (26 Mac 2021). Ernie memohon doa peminat dan orang ramai supaya segala yang dirancang berjalan lancar.

“Alhamdulillah, doakan majlis berjalan lancar. Insya-Allah, majlis nikah dibuat secara sederhana saja membabitkan keluarga kedua belah pihak. Lagipun kami perlu patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dalam melaksanakan majlis,” itulah kata penyanyi Ernie Zakri ketika dihubungi.

Sebentar tadi, Ernie dan Syamel masing-masing memuat naik video teaser seakan memaparkan ‘pre-wedding’ sekaligus memberi bayangan majlis pernikahannya bersama Syamel akan berlangsung dalam masa terdekat.




Lebih menjadi tanda-tanya, video tersebut turut memaparkan tarikh ’26 Mac 2021′, sekaligus menguatkan lagi dakwaan sebelum ini pasangan itu berkemungkinan disatukan pada tarikh tersebut.

Menerusi ruangan kapsyen perkognsian, turut meletakkan tanda pagar #GoodbyeHelloBMKN (BM: BangMel, KN: KakNinie). Difahamkan, video penuh akan disiarkan menerusi saluran YouTube mereka jam 9.30 malam ini.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi dikalangan netizen yang teruja dan tidak sabar untuk menyaksikan majlis pernikahan mereka serta mendoakan segala urusan dipermudahkan.





Terdahulu, Ernie berkata dia merancang untuk melangsungkan pernikahan sebaik sahaja AJL35 berakhir. Pasangan itu berkemungkinan akan disatukan pada hujung bulan ini serta mengambil keberkatan hari Jumaat yang jatuh pada 26 Mac 2021.

Untuk makluman, pasangan yang mengikat tali pertunangan pada 15 Ogos tahun lalu itu mulai rapat selepas terbabit dalam program Duo Star terbitan Astro pada 2017. Ketika itu Syamel dan Ernie menjadi pasangan duet dan mereka juga muncul juara dalam program itu.

Mereka kemudiannya muncul dengan single duet berjudul ‘Aku Cinta’ sekali gus melayakkan mereka menang kategori Vokal Terbaik pada Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL 32) pada 2018.



 

All The Best!! Sebelum Ke Jinjang Pelamin, Ernie Zakri & Syamel Berjaya Buka Kafe Bersama



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker