AJL35: Tiada lagi peluang ketiga buat Nabila – Netizen


“Selepas ini tiada lagi peluang kedua atau ketiga buat Nabila Razali.”

Demikian antara komen netizen selepas menonton persembahan Nabila mendendangkan lagu Peluang Kedua ciptaan Hael Husaini dan MFMF di pentas Anugerah Juara Lagi ke-35 sebentar tadi.

Pelbagai komen dan kritikan dilemparkan netizen dalam media sosial terhadap penyanyi berusia 29 tahun itu sepanjang persembahannya malam ini.

Antara komen menarik termasuklah daripada pengarah dan penerbit, Michael Ang yang tetap memuji persembahan Nabila kerana tampil berani pada malam ini.



Malah, tanda pagar #peluangkedua juga sohor kini dalam Twitter ketika ini.

“Tepuklah sikit, memang dia tak sempurna sebab ada bahagian tergelincir tetapi sekurang-kurangnya dia berani menyanyikan lagu tersebut,” katanya dalam satu ciapan.

Meninjau laman media sosial malam ini, khususnya dalam Twitter, rata-rata netizen sedang hangat memperkatakan tentang persembahan Nabila.

“Tak perlu dah beri peluang kepada Nabila. Saya kecewa,” ujar seorang netizen.



Sementara, masih ramai yang berpendapat agar orang ramai tidak terus mengecam nyanyian Nabila.

“Saya rasa sangat kasihan dengan Nabila. Mungkin dia terlalu gemuruh.

“Berhenti membulinya dan jika ditonton semula, nyanyiannya sangat beremosi. Awak telah lakukan yang terbaik!,” komen seorang lagi pengguna Twitter.


PERSEMBAHAN penuh emosi Nabila ketika menyanyikan lagu Peluang Kedua.



Untuk rekod, ini bukan kali pertama Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali ‘terkucil’ dalam nyanyiannya kerana kejadian sama pernah berlaku pada tahun lalu ketika membuat persembahan dalam rancangan MeleTOP.

Sebelum ini, Nabila juga tidak membuat persembahan ketika Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-35 kerana terpaksa direhatkan susulan masalah peti suaranya. K Online

Bila Sampai Masa Nanti, Saya Akan Kongsikan” Noor Nabila



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker