1,160kg daging kambing Australia tiada logo halal ditahan MAQIS


Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) menahan sebanyak 1,160 kilogram daging kambing segar dari Australia kerana tiada logo halal pada pembungkusan.

Daging kambing yang bernilai RM56,614,70 itu ditahan di kawasan pemeriksaan MAQIS Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 11 pagi Rabu lalu.

Pemangku Pengarah MAQIS Negeri Selangor, Zamri Hashim berkata, kesalahan itu dikesan ketika pemeriksaan fizikal dilakukan.

“Selain itu, pengimportan dagangan daging ini juga tidak mematuhi syarat permit import yang sah dikeluarkan oleh Jabatan MAQIS.

“Kegagalan mengimport tanpa mematuhi syarat permit menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama enam tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Zamri, MAQIS akan sentiasa teliti dan cekap dalam menjalankan pemeriksaan ke atas setiap dagangan yang diimport dan dieksport.

Ia bagi mengelakkan kemasukan dagangan yang diimport bersama penyakit dan perosak yang boleh menjejaskan negara, ujarnya. MG

Daging kerbau RM4.3 juta guna sijil halal mengelirukan dirampas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker