Raja Petra bohong, keluarga saya bukan kartel ceti haram – Amar Singh


Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Amar Singh, menafikan dakwaan penulis blog Raja Petra Kamaruddin (RPK) bahawa keluarganya mengendalikan kartel ceti haram dan beliau menggunakan kedudukannya untuk melindungi jenayah mereka.

Sambil menyifatkan dakwaan RPK itu sebagai “lucu”, Amar yakin penulis blog yang berpangkalan di England itu diupah untuk mencalarkan namanya.

“Jelas beliau (RPK) dibayar oleh seorang individu atau lebih yang berkepentingan untuk menulis fitnah mengenai saya dan memperoleh simpati serta menimbulkan persoalan mengenai serbuan berhubung 1MDB,” kata beliau dalam kenyataan.

Amar tidak menamakan dalang yang dimaksudkannya.

Pada 2018, sejurus kejatuhan kerajaan pimpinan Najib Razak pada PRU14, Amar mengetuai pasukan polis yang menyerbu pelbagai premis yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri itu dan skandal 1MDB.

Sejumlah beg tangan berjenama, barang kemas, dan wang tunai bernilai antara RM900 juta hingga RM1.1 bilion dirampas dalam siri serbuan berkenaan.

Amar berkata, beliau dan keluarganya tidak ada sebarang keperluan untuk menjadi ceti haram.

“Semua ahli keluarga terdekat dan saudara mara saya adalah profesional (yang terdiri) doktor, akauntan, dan ahli perbankan pelaburan. Kami tidak perlu menceburi aktiviti ceti haram dan keluarga saya tidak pernah berbuat demikian,” kata beliau.

Beliau turut menolak dakwaan Raja Petra sebelum ini bahawa beliau melarikan diri ke Kanada.

“Mula-mula RPK menyatakan bahawa saya melarikan diri ke Kanada dan sekarang dia menyatakan bahawa saya dan keluarga saya (adalah) kartel peminjam (ceti) wang haram.

“Saya orang Malaysia dan dan akan terus kekal sebagai orang Malaysia…saya tidak perlu berhijrah ke Kanada atau tempat lain,” katanya.

Amar menuduh RPK sebagai pengecut yang melakukan penipuan dan berselindung di sebalik bidang kuasa undang-undang digital (antarabangsa untuk mengelak diambil tindakan).

Dalam catatan terbaharu di blognya, RPK mendakwa Amar adalah pelindung kartel ceti haram namun tidak mengemukakan sebarang bukti.

Penulis blog itu mendakwa kartel berkenaan diketahui semua pegawai polis di Bukit Aman dan Amar melindunginya.

RPK cuba mengaitkan tuduhannya itu kepada kartel jenayah dalam polis yang didedahkan Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador.

Hamid mendakwa, sekumpulan pegawai muda cuba menguasai polis dan menjatuhkan beliau untuk memudahkan “kerja kotor” mereka. FMT

TEROWONG DASAR LAUT PULAU PINANG: MONEY GAME TERBESAR DALAM SEJARAH MALAYSIA

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker