Perancang utama KFR mati ditembak


Kota Kinabalu: Perancang utama kegiatan kumpulan penculikan untuk wang tebusan (KFR) di Sabah, Apo Mike, mat ditembak polis Filipina dalam kejadian di negara itu, kelmarin.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

“Apo Mike disahkan mati ditembak oleh pasukan keselamatan Filipina.

“Bagaimanapun kita masih menunggu maklumat lengkap mengenai kejadian itu,” katanya dihubungi, hari ini.



Apo Mike atau nama sebenarnya Majan Sahidjuan adalah seorang sub-komander Abu Sayyaf.

Apo Mike dipercayai mengetuai beberapa siri penculikan termasuk kes penculikan empat rakyat Sarawak di perairan Semporna, Sabah berhampiran Pulau Ligitan pada 2016.

Apo Mike juga adalah antara 21 senarai penjenayah dikehendaki Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSSOM) kerana terbabit aktif melakukan jenayah termasuk penculikan yang berlaku di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE). HM

Hutang motif ‘Datuk Seri’ diculik, bunuh, kata polis



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker