Debat terbuka dengan Mahathir, Tamrin cabar Muhyiddin


Anak bekas timbalan perdana menteri Abdul Ghafar Baba, Tamrin Ghafar mencabar Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berdebat dengan, Dr Mahathir Mohamad.

Dalam kenyataan, Tamrin berkata beliau sudah mengirim dua surat ke rumah dan pejabat Muhyiddin awal bulan ini, yang mengikut rekod kedua-dua syarikat perkhidmatan penghantaran iaitu Pos Laju dan GDex, sudah pun dihantar dan diterima.

Katanya, keengganan Muhyiddin memberi jawapan, jelas membuktikan beliau seorang pengecut dan penakut berdepan dengan kenyataan.

“Ini juga membuktikan beliau tidak peduli apa pandangan atau persepsi rakyat terhadap beliau asalkan beliau boleh terus berada di tempat yang diambilnya melalui rampasan kuasa dan menubuhkan kerajaan pintu belakang dengan sokongan musuh utama beliau, Umno dan PAS.”

Beliau turut mengingatkan Muhyiddin bahawa lambat laun rakyat akan menggunakan suara mereka, dan jika rakyat boleh buang Umno/BN, rakyat juga pasti akan buang kerajaan yang ada ini.

Tamrin turut membangkitkan dakwaan dibuat oleh pemimpin pembangkang, Anwar Ibrahim bahawa sejumlah Ahli Parlimen PKR ditawarkan wang atau diancam untuk lompat parti dan menyokong kerajaan pimpinan Perikatan Nasional (PN).

“Sekarang, berbagai cara atau taktik digunakan sama ada menggunakan kekerasan, ugutan atau jutaan ringgit bagi tujuan membuktikan bahawa kerajaan beliau sudah mempunyai cukup sokongan untuk terus bertakhta.”

Katanya, mereka yang sudah beralih sokongan kepada Muhyiddin mungkin tidak akan kekal setia kepadanya sebaik beliau hilang kuasa. FMT

Tamrin mahu saman Zuraida isu projek rundingan terus

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker