Hutang motif ‘Datuk Seri’ diculik, bunuh, kata polis

Polis tidak menolak kes penculikan dan pembunuhan seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk Seri’ bermotifkan hutang dan perniagaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Fadzil Ahmat berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 3(3) Akta Culik dan Akta Penculikan 1961 dan Seksyen 302 Kanun Keseksaan sejak hari pertama mayat ditemui di kawasan belukar Batu 27 Jalan Rawang, Bestari Jaya.

“Sama ada terdapat suspek atau individu yang perlu ditangkap atau dikesan, ia bergantung kepada siasatan dijalankan. Laporan bedah siasat masih belum diperoleh dan akan disambung esok,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau turut memaklumkan sehingga kini 11 lelaki sudah ditahan untuk membantu siasatan, termasuk seorang warga Bangladesh.



Malah, beberapa suspek yang tamat tempoh reman, disambung semula, termasuk 2 lelaki disambung reman sehingga 6 Julai serta seorang lelaki Bangladesh dan tempatan disambung reman sehingga 9 Julai.

Pihak berkuasa sehingga kini belum mengenal pasti identiti mangsa berusia 55 tahun yang terbabit dalam perniagaan hartanah.

Mangsa dipercayai diculik ketika bersenam di kawasan taman permainan di Bandar Sri Damansara, jam 10.30 pagi 10 Jun lalu.

Berdasarkan keadaan mayat, mangsa dipercayai meninggal dunia 3 atau 4 hari sebelum ditemui.



Siasatan awal polis mendapati, seorang daripada suspek menghubungi keluarga mangsa dan meminta wang tebusan S$50 juta (RM154 juta), namun tiada bayaran dibuat.

Polis percaya mangsa mengenali dalang kes.

FMT



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker