Peralihan undi kepada BN menurut kajian

Peralihan undi kepada BN menurut kajian

Sebuah badan kajian bebas meramalkan peralihan undi atau “vote swing” akan berlaku di kerusi yang ditandingi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka esok.

Ilham Centre berkata, ia sekali gus memberi sedikit kelebihan kepada gabungan itu untuk menawan semula negeri berkenaan selepas tewas pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).



Berdasarkan kajian pola pengundian dan ramalan PRN Melaka yang dijalankan, Pakatan Harapan (PH) akan terjejas jika ramalan itu benar-benar berlaku.

“Dalam kajian ini, kami mengenal pasti pengundi BN yang memindahkan undi kepada PH dalam PRU14 lalu. Sebanyak 11% berpotensi kembali mengundi BN.

“Jika unjuran ini benar berlaku, PH akan terjejas di kerusi yang menerima limpahan peralihan undi ini dan memberi sedikit kelebihan kepada BN,” katanya.

Menurut Ilham Centre, kajian itu dibuat secara bersemuka yang diadakan pada 23 Okt hingga 15 Nov lalu dengan menggunakan teknik persampelan rawak berstrata.



Ia melibatkan 1,051 responden yang merupakan pengundi berdaftar di Melaka mewakili semua segmen kaum, jantina, umur dan lokaliti.

Selain itu, Ilham Centre berkata, menjelang saat-saat akhir fasa kempen, BN berada di hadapan berbanding PH dan PN.

Katanya, PH berpeluang menang berdasarkan dua faktor, iaitu jika peratusan keluar mengundi melebihi 80% dan keupayaan Perikatan Nasional (PN) memecahkan dominasi undi Melayu yang dimiliki BN.

“Jika dua situasi ini tidak berlaku, maka BN berupaya tampil sebagai pemenang,” katanya.



Katanya, BN mempunyai 11 kawasan yang sangat selesa untuk dimenangi, iaitu Ayer Limau, Serkam, Taboh Naning, Ayer Molek, Sungai Rambai, Sungai Udang, Lendu, Kuala Linggi, Telok Mas, Merlimau dan Rim.

Manakala PH pula katanya, akan selesa di tujuh kerusi, iaitu Bukit Katil, Paya Rumput, Duyong, Ayer Keroh, Kesidang, Kota Laksamana dan Bandar Hilir.

“Terdapat 10 kawasan yang sukar dibuat bacaan tepat disebabkan persaingan sengit antara calon. Kawasan ini terbuka kepada taktikal parti untuk memikat dan menambat pengundi.

“Kawasan itu ialah Asahan, Kelebang, Tanjong Bidara, Pantai Kundor, Durian Tunggal, Machap Jaya, Rembia, Pengkalan Batu, Bemban dan Gadek,” katanya.



Peralihan undi kepada BN menurut kajian


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi Facelift 2022 mula masuk showroom?



Langgar SOP: “YB Pekan Sentiasa Dalam Perhatian Saya” – Khairy Jamaluddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker