Majlis Gereja tolak dialog kalimah ‘Allah’ — MYKMU.NET

Majlis Gereja tolak dialog kalimah ‘Allah’



Sebaran :

 

PETALING JAYA: Majlis Gereja Malaysia (CCM) menolak cadangan mengadakan dialog antara sarjana Islam dan Kristian bagi menyelesaikan kontroversi penggunaan kalimah “Allah” oleh orang bukan Islam.

Presidennya, Melter Jiki Tais dalam kenyataan berkata, usul itu yang dicadangkan Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin hari ini “sangat tidak sesuai” kerana kerajaan sudah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi baru-baru ini.

Pada 10 Mac lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Nor Bee Ariffin memutuskan arahan Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 5 Dis 1986 yang melarang penggunaan kalimah “Allah”, “Baitullah”, “Solat” dan “Kaabah” oleh orang bukan Islam adalah tidak sah dan tidak berperlembagaan.



Katanya, arahan itu melampaui tujuan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Isu kalimah Allah: Perpecahan umat Islam negara jadi punca

Isnin lalu, kerajaan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang penganut Kristian tidak perlu akur kepada arahan 1986, oleh itu, mereka tidak dilarang menggunakan kalimah “Allah” dalam pendidikan dan buku agama mereka.

“Dengan sangat berhati-hati, dan mengambil kira perkara ini di peringkat Mahkamah Rayuan, kami berpendapat sangat tidak sesuai isu ini diselesaikan melalui dialog yang dicadangkan KDN, yang juga salah satu pihak yang membuat rayuan.



“Komuniti Kristian di Malaysia, terutama di Sabah dan Sarawak sentiasa mahukan kehidupan yang aman dan harmoni serta sikap saling hormat-menghormati dengan komuniti agama lain.”

Awal hari ini, Nor Bee berkata, kerajaan ketika itu di bawah pimpinan Dr Mahathir Mohamad pada 1986 membenarkan penganut Kristian menggunakan empat perkataan, termasuk “Allah” dalam penerbitan mereka dengan syarat, ia mesti dinyatakan “Untuk Orang Kristian Sahaja” di muka depan bahan tersebut.

Kabinet membuat keputusan berkaitan dasar itu pada Mei 1986, tetapi pada Dis 1986, satu arahan dikeluarkan KDN kepada semua penerbitan agama Kristian bahawa penggunaan empat perkataan itu dilarang sama sekali.



Mahkamah Tinggi Putuskan Penganut Kristian Sabah, Sarawak boleh guna kalimah ALLAH


Sebaran :


One thought on “Majlis Gereja tolak dialog kalimah ‘Allah’

  • March 20, 2021 at 11:27
    Permalink

    madey kutty rupanya yang benarkan, patut le anak & cucunya ramai yang liberal
    berdialog secara intelektual pun pihak kristian takut
    agaknya takut kalau tak dapat jawab nanti…
    bila orang tanya apakah Jesus impregnate his own mother?

    Reply

Leave a Reply