Ketua jabatan ditahan SPRM minta rasuah seks


KOTA KINABALU – Seorang pejawat awam sebuah jabatan kerajaan negeri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah kerana disyaki meminta rasuah berbentuk perkhidmatan seks daripada seorang wanita.

Lelaki berusia 51 tahun yang bertugas sebagai ketua jabatan di Keningau terbabit ditahan kira-kira pukul 3.30 petang semalam di sebuah hotel daerah sama.

Menurut sumber, perkhidmatan seks terbabit adalah sebagai suapan untuk suspek memberikan sokongan kepada wanita berkenaan bagi mendapatkan pinjaman pertanian.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.



“Suspek telah ditahan selama sehari untuk diambil keterangan, namun dilepaskan dengan jaminan SPRM berjumlah RM10,000 tanpa deposit dengan seorang penjamin.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009,” katanya dalam kenyataan media sebentar tadi. K Online

Letak jawatan kerana skandal seks bukan cara Malaysia – PM



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker