Zoo Negara sesak, hanya 2,500 boleh masuk


ZOO Negara mengalami kesesakan luar biasa hari ini ramai pengunjung yang terpaksa beratur dan menunggu di luar tempat pemuliharaan haiwan yang menjadi tarikan orang ramai tersebut.

Menurut seorang pengguna Facebook, ShantyNur Mamalsyqi pihak pengurusan hanya membenarkan 2,500 orang pengunjung sahaja memasuki zoo tersebut pada satu-satu masa.

Jelas beliau, sistem kad digunakan bagi memastikan jumlah pengunjung di dalam zoo tersebut tidak melebihi had yang dibenarkan.

“Ramai orang beratur sebab dia cuma bagi masuk 2,500 orang. Dia kata kena tunggu orang di dalam keluar baru boleh masuk.

“Kami di luar ini tidak tahu boleh masuk pukul berapa dan tiada penjarakan fizikal tiada siapa yang heran. Aku tak sanggup nak beratur,” katanya yang membawa anak-anaknya ke tempat tarikan pelancongan itu hari ini.

Katanya terdapat dua barisan yang panjang sehingga lebih 200 meter untuk membeli tiket dan juga barisan mereka yang telah membeli tiket secara dalam talian untuk masuk ke dalam Zoo Negara.

Menurutnya, pengunjung juga terpaksa meletakkan kereta jauh dari kawasan Zoo Negara kerana pakir yang disediakan penuh.

“Tempat parkir kereta dihadapan Zoo Negara juga penuh dan terpaksa meletakkan kereta jauh sehingga ke tempat perkelahan di Kemensah.

“Sekarang aku mahu pujuk anak-anak untuk balik kerana tidak ada gunanya untuk menunggu. Nanti jadi kluster Zoo Negara pula,” katanya dalam videonya.

Ketika ini menurutnya, pihak pentabiran telahpun menutup kaunter tiket kerana bilangan pengunjung di dalam Zoo Negara telahpun mencapai jumlah maksimum yang dibenarkan.

Beliau turut menasihatkan pihak pengurusan untuk meminta pe ngunjung yang berbaris panjang untuk bersurai. SM

Ebit Lew ‘bela’ nasib penghuni Zoo Negara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker