Ebit Lew ‘bela’ nasib penghuni Zoo Negara

Share

PETALING JAYA – Keprihatinan dan sikap pemurah hati pendakwah terkenal, Ebit Lew memang tidak boleh disangkal.

Terbaharu, Ebit menyediakan 200 kilogram (kg) daging lembu dan 500 kg buah serta sayur-sayuran untuk disumbangkan kepada penghuni Zoo Negara bagi memastikan kebajikan haiwan itu terbela.

Menerusi hantarannya di Facebook rasminya hari ini, Ebit memaklumkan beliau mendapat permintaan untuk menyelamatkan haiwan di Zoo Negara.

Katanya, permintaan itu dibuat sendiri oleh pengurusan Zoo Negara susulan tidak mampu menampung kos perbelanjaan dan penyelenggaraan mereka yang berjumlah RM1 juta setiap bulan akibat Covid-19.

 

“Mereka (Zoo Negara) menampung kos dengan hasil jualan tiket, namun sejak Perintah Kawalan Pergerakan  (PKP) sumber pendapatan kian susut.

“Sayu hati saya bila dapat tahu perkara itu tengah hari tadi dan bagi mengatasi masalah itu saya menyumbangkan 200kg daging lembu dan 500kg buah dan sayur-sayuran untuk menampung keperluan di sana,” katanya.

Pada masa sama, Ebit turut mengalu-alukan orang ramai untuk menyampaikan sumbangan dalam bentuk wang mahupun makanan kepada pihak Zoo Negara.

“Rupanya Zoo Negara dikendalikan oleh badan bukan kerajaan (NGO) sahaja, sesiapa ingin membantu boleh terus hubungi mereka,” ujarnya. – K! ONLINE

Zoo Negara hanya mampu bertahan 3 bulan kerana impak PKP

Leave a Reply