Ebit bantu 250 pemandu bas, van sekolah · MYKMU.NET

Ebit bantu 250 pemandu bas, van sekolah

Share

Pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew hari ini menghadiahkan barangan keperluan kepada 250 pemandu bas dan van sekolah yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Perkara itu dikongsikan sendiri Ebit Lew di Facebook miliknya hari ini yang memaklumkan kebanyakan mereka yang dibantu itu hilang pendapatan akibat penutupan sekolah kira-kira enam bulan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu.

“Sayu sebak petang ini bila pemandu bas dan sekolah minta bantuan. Saya hadiahkan sedikit barang dapur untuk 250 orang pemandu.

“Saya bungkus (barang dapur) dari Elewsmart tadi. Ada beberapa orang saya beri sedikit duit belanja.

“Sedih rasa, tahun 2020 cuma enam bulan ada pendapatan. enam bulan lagi langsung tiada pendapatan. Enam bulan nak tampung setahun. Macam mana untuk kelangsungan hidup,” katanya dalam hantaran terbaru di Facebook miliknya hari ini.


Pendakwah terkenal, Ebit Lew
Ebit Lew juga melahirkan rasa sayu apabila ramai pemandu bas dan van sekolah terpaksa menjadi penghantar makanan tidak kurang pula yang berniaga secara kecil-kecilan.

“Ramai yang kerja Grab Food, FoodPanda dan jual kuih-muih dan berniaga kecil-kecilan.

“Tengah zaman hari ini nak mulakan perniagaan bukanlah senang. Ya Allah. Syarikat besar pun banyak tutup.

“Tengok mereka macam abang kakak macam ayah emak kita sendiri. Tengok ramai juga kakak-kakak pemandu van dan bas sekolah. Kasihan mereka. Ya Allah,” katanya.

Ebit Lew turut merakamkan penghargaan kepada komuniti pemandu bas dan van sekolah yang banyak berjasa kepada ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah sebelum ini.

“Ramai ucap terima kaseh. Mereka minta doa dan semangat untuk teruskan hidup. Ya Allah. Terasa macam keluarga sendiri. Ramai juga nak bergambar tadi.

“Tanpa mereka. Susahnya emak ayah nak nak urus anak-anak ke sekolah. Kini semua emak ayah bekerja.

“Mereka memudahkan agar anak kita menjadi orang mulia dan berjaya. Kini waktu ujian mereka pula.

“Marilah kita doakan dan cuba bantu mereka walau sedikit. Semoga Allah terima usaha kecil kita,” katanya lagi. MG

Semakin ramai pemandu teksi, van sekolah tiada pendapatan

Leave a Reply