7 rumah, 2 kenderaan terbakar, penghuni sempat keluar


JOHOR BAHRU: Tujuh rumah dan dua kenderaan yang diletakkan di parkir terlibat dalam kebakaran di Jalan Pulai Perdana 9/9, Taman Pulai Perdana, Skudai, hari ini.

Kejadian dilaporkan kepada pihak bomba pada 8.13 pagi namun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa kerana semua penghuni sempat menyelamatkan diri.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Riduan Akhyar berkata 12 anggota dengan satu jentera dan sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) terlibat dengan operasi pemadaman.

“Kebakaran dikatakan bermula dari sebuah kenderaan yang diparkir di kawasan letak kenderaan, kemudian merebak ke bahagian rumah.

“…dan apabila pihak bomba tiba, kebakaran sudah pun meranapkan kira-kira 40% struktur rumah itu manakala rumah-rumah yang lain hanya mengalami kesan kebakaran di bahagian bumbung garaj kereta sahaja,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, kebakaran itu turut mengakibatkan sebuah kereta jenis Proton Exora dan sebuah motosikal jenis Yamaha LC135 yang diparkir di tempat letak kereta satu daripada rumah terlibat, musnah 90%.

Kebakaran berjaya dikawal kira-kira 9.43 pagi dan punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan. FMT

73 rumah atas air musnah kebakaran

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker