Pak Cik Shell Dedah Teori Pam Perlahan Dapat ‘Minyak Ekstra’ Hanya Mitos Semata-Mata
Pasti anda pernah mendengar pelbagai teori apabila mengisi tangki minyak kereta bukan?
Salah satunya adalah teori yang sering diamalkan oleh orang ramai iaitu dengan menekan nozzle minyak secara perlahan agar ia dapat memberikan kuantiti minyak dalam kereta lebih banyak.
Adakah teori ini betul? Benarkah ia dapat memberikan kuantiti minyak yang lebih banyak? Hal ini telah menarik perhatian Pengarah Urusan Shell Malaysia atau dikenali sebagai ‘Pak Cik Shell’.
Dia telah memuat naik satu video di laman Instagramnya dengan membongkar teori yang sering digunakan oleh ramai orang itu.
Lihat video penuh itu di bawah:
Cuba buat kajian mengenai teori yang sering diguna pakai itu
Menerusi video tersebut, kelihatan Pak Cik Shell bersama si kucing bersahaja dalam menerangkan tentang teori yang sering digunakan oleh orang ramai.
Dalam video berkenaan, beliau bersama salah seorang jurupam sedang mengisi minyak sebanyak 10 liter ke dalam sebuah bekas dengan dua cara berbeza. Satu dengan menekan nozzle secara laju dan satu dengan menekan nozzle secara perlahan.
Beliau kemudian menunjukkan kuantiti minyak di dalam dua bekas tersebut kelihatan sama walaupun dia menggunakan dua cara yang berbeza. Untuk membuatkan orang lebih faham lagi, beliau kemudian menggunakan dua bekas cawan Costa Coffee pula yang mempunyai air separuh penuh daripada bekas.
Jika dilihat pada bekas pertama, beliau telah menuang air tersebut secara perlahan-lahan, manakala untuk bekas kedua pula, beliau menuang air dengan laju.
Namun hasilnya tetap sama, di mana kedua-dua bekas itu mempunyai jumlah kuantiti air yang sama. Rupa-rupanya teori yang diguna pakai oleh orang ramai itu sebenarnya adalah auta sama sekali.
“Semoga orang tak gaduh-gaduh lagi lepas ni” – Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi mereka mengenai video tersebut.
Malah, ramai juga yang turut melontarkan pelbagai persoalan mereka mengenai perkara lain semasa mengisi minyak.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 24.9K views, 3.5K likes dan 101 comments di Instagram.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Instagram:
Terima kasih atas penerangan anda Pak Cik Shell!
Isu Emma Pam Susu Sambil Jalan – Beby Maembong Tampil Bidas: “Apa Nak Malunya?”