‘Sayang Bini’ tak kena tempat, sia-sia RM2,000 melayang



Sebaran :

Gambar Hiasan***

KUALA LUMPUR: Seorang peniaga didenda maksimum RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang hari ini kerana membuat laporan polis palsu mendakwa dirinya pemandu sebenar dalam satu kemalangan, bagi melindungi isterinya daripada disaman kerana tidak memiliki lesen memandu.

Majistret Nur Hafizah Rajuni menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohamad Faizal Mosnon, 33, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut, dan memerintahkannya dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda.

Faizal didakwa membuat laporan trafik kepada seorang anggota polis, yang diketahuinya palsu.



Perbuatan tertuduh itu menyebabkan seorang penolong pegawai penyiasat trafik itu melakukan siasatan terhadap laporan polis dibuatnya, yang tidak akan dibuat sekiranya pegawai terbabit mengetahui keadaan sebenar.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Balai Polis Trafik Gombak pada 2.43 petang 16 Mac lepas, mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Netizen Berang, Pelajar Universiti Di Subang Jaya Mengadu Elaun Bulanan RM2,000 Tidak Cukup

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, satu kemalangan berlaku di Jalan Batu Caves Lama melibatkan kereta Nissan dan kereta jenis Perodua yang dipandu isteri tertuduh.



Rakaman percakapan diambil daripada ketiga-tiga individu itu, termasuk tertuduh, namun keterangan tertuduh didapati bercanggah dengan kemalangan itu.

Hasil siasatan mendapati tertuduh bukan pemandu sebenar Perodua berkenaan ketika kejadian dan dia kemudian mengakui isterinya adalah pemandu sebenar semasa kemalangan berlaku.

Isteri tertuduh juga mengakui laporan polis yang dibuat suaminya itu palsu, bertujuan melindungi dirinya daripada disaman kerana tiada lesen memandu.



Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Khairunnisak Hassni memohon hukuman setimpal kerana perbuatan tertuduh menyusahkan polis untuk menyiasat laporan palsu tersebut.

Peguam M Mariappan dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang mewakili tertuduh memohon hukuman denda minimum kerana isterinya tiada lesen semasa memandu.

“Anak guam saya membuat laporan polis bertujuan membuat tuntutan insurans. Dalam kes ini, isteri anak guam saya telah dikompaunkan saman trafik kerana gagal kawal kenderaan dan tiada lesen memandu,” katanya.



Pembeli berdepan denda RM2,000 beli jualan di lampu isyarat


Sebaran :


Leave a Reply