Dah kenapa tolak kereta dalam tasik…


Sungai Siput: Anggota bomba terpaksa melakukan selaman di bekas lombong di Taman Lintang Makmur, di sini, hari ini selepas menerima laporan sebuah kereta ditolak ke dalam ke lombong berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Siput Mohd Azizi Zakaria berkata, pihaknya menerima maklumat daripada polis pada 7.20 pagi mengenai sebuah Proton Satria ditolak oleh pemiliknya iaitu seorang lelaki berusia 42 tahun.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan bagi membantu polis mengesahkan dakwaan pemilik kereta itu bahawa tiada mangsa di dalam kenderaan atau sebaliknya.

“Lelaki terbabit mendakwa dia bersendirian ketika menolak kereta itu. Selain itu, terdapat juga saksi mendakwa melihat lelaki berkenaan menolak kereta berkenaan sewaktu memancing di tasik ini kira-kira 6.30 pagi,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini.



Beliau berkata, operasi pencarian membabitkan 11 anggota BBP Sungai Siput selain enam anggota unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Kuala Kangsar dan tujuh anggota polis.

Setakat 12 tengah hari tadi, selaman yang dilakukan dalam jarak 30 meter dari tebing tasik berkenaan hanya menjumpai kesan kereta itu.

Menurutnya, operasi SAR ini dilakukan untuk memastikan tiada mangsa lain di dalam kereta itu seperti dakwaan pemiliknya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin ketika dihubungi mengesahkan penahanan pemilik kereta untuk membantu siasatan.



Menurutnya, saringan ujian air kencing juga mendapati suspek itu positif dadah.

“Saya tidak mahu memberi komen selagi kereta itu belum dijumpai kerana ia masih dalam siasatan,” katanya. HM

Polis cedera dilanggar pencuri kabel



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker