Pas sanggup lakukan apa sahaja demi kuasa


AMANAH Terengganu menyokong kenyataan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah melabel parti itu sebagai “pelacur”.

Pengerusi Amanah Terengganu Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, ini kerana Pas secara konsisten sanggup melakukan apa sahaja konsisten demi kuasa semata-mata tanpa memikirkan prinsip perjuangan.

Sebab itu katanya kini Pas sudah tidak berpegang kepada konsep negara Melayu-Islam dijanjikan Pas apabila pusat judi, kasino dan kilang arak dibuka oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) semasa kuasa darurat masih berkuatkuasa.

“Mana perginya Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU355) yang dicanang di Padang Merbok, Kuala Lumpur. Kuasa sudah diperoleh tetapi undang-undang serta nilai Islam diabaikan demi kuasa di peringkat pusat.

“Bukan sahaja konsep kerajaan Melayu Islam digadai tetapi menjual “harga diri” PAS dengan murah sebagai sebuah parti Islam amat mendukacitakan dan memalukan,” katanya dalam kenyataan.

Baru-baru ini Tengku Razaleigh dilaporkan berkata, PAS seperti “pelacur” susulan tindakan parti itu yang menurutnya “sekejap DAP, sekejap Semangat 46”.

Oleh itu katanya, UMNO perlu menentang Pas dalam pilihan raya umum ke-15 kerana parti itu tidak boleh dipercayai. SM

Lepas tembakan selepas jiran nafi lakukan seks dengan isteri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker