Ordinan Darurat: Penyebaran berita tidak benar, hadap denda tidak lebih RM100,000 mulai esok

Kerajaan telah mewartakan Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (No 2) 2021, berkuatkuasa 12 Mac, 2021, khusus untuk memerangi aktiviti penghasilan dan penyebaran berita tidak benar.

Menurut Perkara 4(1) Ordinan tersebut, sebarang proses penghasilan berita tidak benar, sehingga menimbulkan ketakutan atau kebimbangan kepada orang awam, jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebih RM100,000, atau denda tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.

Proses penghasilan itu termasuk – mengadakan, menawarkan, menerbitkan, mencetak, mengedarkan, mengelilingkan, atau menyebarkan berita tidak benar, atau penerbitan yang mengandungi berita tidak benar.

Selain itu, jika dalam hal suatu kesalahan berterusan, denda selanjutnya tidak melebihi RM1,000 bagi tiap-tiap hari selama kesalahan itu berterusan.

“Mahkamah boleh, sebagai tambahan kepada apa-apa hukuman yang dinyatakan dalam subseksyen (1), memerintahkan orang yang disabit atas kesalahan di bawah subseksyen itu untuk membuat permohonan maaf kepada orang yang terjejas oleh pelakuan kesalahan itu mengikut cara yang ditentukan oleh Mahkamah.

Pembaca Sinar pilih UMNO, pembaca Sinchew pilih DAP

“Mana-mana orang yang tidak mematuhi arahan di bawah subseksyen (2) melakukan kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebih RM50,000, atau penjara tidak melebih satu tahun, atau kedua-dua,” menurut warta itu lagi.

Ordinan tersebut telah dimasyhurkan Yang di-Pertuan Agong selaras dengan peruntukan di bawah Fasal (2B) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

Selain warga negara Malaysia, bukan warga negara Malaysia jika dituduh melakukan sebarang kesalahan di bawah Ordinan itu di negara ini, individu berkenaan turut menghadapi hukuman yang sama.

Sementara itu, menurut Perkara 5 Ordinan berkenaan, individu yang dikesan menyalurkan bantuan kewangan, sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi membantu proses penghasilan berita tidak benar, juga boleh dikenakan pertuduhan.

Hukuman yang dihadapi bagi pesalah di bawah seksyen ini jauh lebih berat, iaitu denda tidak melebihi RM500,000, atau hukuman penjara tidak melebihi enam tahun, atau kedua-duanya sekali.

Bagi mana-mana individu yang ingkar terhadap arahan untuk penghapusan berita tidak benar pula, jika disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000.

Kesemua pendakwaan di bawah Ordinan ini hanya boleh dimulakan dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya, iaitu Peguam Negara.

Turut menarik perhatian ialah Ordinan ini memperuntukan tiap-tiap kesalahan yang dinyatakan sebagai kesalahan boleh tangkap, dan kuasa menangkap diberikan kepada mana-mana pegawai polis atau pegawai diberi kuasa.

Kenyataan Rais Yatim adalah penghinaan pada anak muda – Asyraf Wajdi

Related Articles

One Comment

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker