Kluster mahkamah : Najib betulkan Zahid


Datuk Seri Najib Razak mencadangkan gelaran ‘kluster mahkamah’ diubah kepada ‘kluster tolak jawatan kerajaan’.

Jelasnya, ini kerana pemimpin UMNO yang menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Umum akan datang terdiri daripada mereka dalam kalangan yang tidak terlibat dengan kes mahkamah.

Najib mendedahkan, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan sebelum ini menolak tawaran jawatan Pengerusi Tenaga Nasional Bhd. (TNB) manakala Ketua Pemuda parti itu, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki pula menolak jawatan Pengerusi Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB).

Tambah Najib, turut ditawarkan jawatan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Ketua Perhubungan UMNO negeri kecuali Perlis dan Sabah.



“Kluster mahkamah ini kurang tepat dan hanya sekadar propaganda sebelah sana,” katanya menerusi laman Facebook hari ini.

Najib berkata demikian merujuk kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyifatkan ‘kluster mahkamah’ dianggap sebagai benteng pertahanan terakhir untuk UMNO bertahan.

Menurut Zahid, UMNO kini mempunyai tiga kluster iaitu ‘kluster kuasa’, ‘kluster broker’ dan ‘kluster mahkamah’.

Zahid yang dilabelkan dalam kluster mahkamah berkata, beliau dan beberapa pimpinan lain sedang diasak supaya berundur bagi menyelamatkan UMNO.



Pada Oktober tahun lalu, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mendedahkan pernah ditawarkan jawatan Penasihat Petronas oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Namun beliau menolak jawatan itu demi mempertahankan kebebasan dan integritinya sebagai Ahli Parlimen. MG

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker