[VIDEO] Macam Macam Hal…Elak Soalan Yang Tak Disukai, PM Thailand Sembur Wartawan Dengan Cecair Sanitasi

BANGKOK: Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan-ocha meninggalkan sekumpulan petugas media dalam keadaan terpinga-pinga pada Selasa apabila beliau mengakhiri sesi sidang medianya dengan menyemburkan cecair sanitasi tangan ke arah wartawan kerana tidak mahu mEnjawab soalan yang tidak disukainya.

Media tempatan melaporkan, Prayuth kecewa apabila ditanya tentang senarai calon yang berpotensi untuk menisi jawatan Kabinet negara itu, susulan tindakan memenjarakan tiga daripada menterinya kerana terlibat dalam protes menentang kerajaan tujuh tahun lalu.

“Tak ada perkara lainkah hendak ditanya?” ujar Prayuth semasa di podium. “Saya tidak tahu, saya belum melihatnya (senarai nama). Bukankah itu suatu yang Perdana Menteri perlu lihat dahulu?”

Dalam taklimat yang disiar secara langsung itu, Prayuth meninggalkan podiumnya mengambil sebotol penyembur cecair sanitasi tangan, berjalan dengan bersahaja ke arah kumpulan wartawan di hadapannya dan menyembur setiap daripada mereka sambil menekup mulut dan hidungnya dengan pelitup muka.

Tindakan itu bagaimanapun tidak membuatkan wartawan berganjak, malah terus merakamkan aksi Perdana Menteri mereka menggunakan peranti kamera masing-masing.

VIDEO DIBAWAH:-

Sebelum ini, beliau menggunakan taktik lain untuk mengelakkan diri daripada menjawab soalan yang tidak disenangi daripada wartawan.

Jeneral tentera itu meninggalkan sekeping kadbod imej dirinya dengan saiz sebenar untuk wartawan yang mahu bertanyakan soalan.

“Tanya saja pada dia!” kata Prayuth sambil menunjuk pada kepingan kadbod itu.

COVID-19: Perdana Menteri Prayuth penerima vaksin pertama di Thailand

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker