[VIDEO] Pemandu Cuba Larikan Diri Dengan Pandu Lori Mengundur, Cedera Dipukul Penduduk Kampung

KUALA LANGAT – Seorang pemandu lori dipukul oleh penduduk kampung ketika cuba melarikan diri selepas terlibat kemalangan di Jalan Perak Kanan, Kampung Bukit Changgang, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, lelaki berusia 53 tahun berkenaan cedera di hampir keseluruhan badan termasuk kepala, muka, bahagian belakang badan, tangan serta kaki.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Azizan Tukiman berkata, siasatan awal mendapati lelaki terbabit yang ingin membelok ke simpang kiri telah melanggar seorang lelaki berusia 21 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125zr di Jalan Banting-Dengkil menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Katanya, sebaik kejadian, pemandu lori telah dikepung oleh sekumpulan penduduk kampung.

“Pemandu lori itu kemudiannya telah mengundurkan kenderaannya sehingga melanggar sebuah kereta jenis Perodua Kancil dan motosikal Yamaha Y15 yang masing-masing berusia 20 dan 47 tahun berada di belakangnya.

“Lori itu kemudiannya terbabas sebelum pemandunya dipukul oleh sekumpulan orang awam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau memberitahu, pemandu lori berkenaan mengalami kecederaan telah dihantar ke Hospital Banting untuk mendapatkan rawatan.

Jelas Azizan, penunggang motosikal jenis Yamaha 125zr itu yang turut patah tangan dan cedera di kedua-dua belah kaki dan menerima rawatan di hospital sama.

“Sementara, dua lagi individu yang turut dilanggar tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kita juga telah mengesan saksi bebas bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 42(1) Akta sama,” ujarnya.

Terdahulu, insiden tersebut tular menerusi sebuah video berdurasi 22 saat dengan lori tersebut mengundur dan melanggar dua lagi kenderaan lain sebelum terbabas.

VIDEO DIBAWAH:-

[KGVID]https://videos.files.wordpress.com/I6ymNuGF/pemandu-cuba-larikan-diri-dengan-pandu-lori-mengundur-cedera-dipukul-penduduk-kampung_hd.mp4[/KGVID]

Sering buat panggilan lucah, lelaki dipukul dua wanita hingga mati

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker