Saya Bukan Dari Jemaah Tabligh. – Zul Yahya

Alhamdulillah… byk perkara yang sy berlajar bersama mereka, semoga apa yg di kongsikan kpd sy selama ini dapat sy diamalkan dan doakan utk sy dapat terus istiqomah hingga mati..
selamat tinggal segala2 urusan bersama mereka

 

“Jangan suka suka kaitkan saya dengan jemaah tabligh. Itu satu finah. Ini bagi menjaga kemuliaan nama jemaah tabligh. Saya tidak lagi bersama mereka.

“Alhamdulillah, banyak perkara yang saya belajar daripada mereka. Semoga apa yang dikongsikan kepada saya selama ini dapat diamalkan dan doakan saya dapat terus istiqamah hingga mati. Selamat tinggal segala urusan bersama mereka,” kongsi pelakon Zul Yahya menerusi satu hantaran di Instagramnya.

Tambahnya, ia bagi menjaga nama baik jemaah tabligh, kerana banyak perkara yang dipelajarinya sepanjang bersama dengan jemaah tabligh dan berharap dirinya terus istiqamah.

Semuanya gara-gara nama Zul Yahya meraih perhatian di media sosial sejak kebelakangan ini dengan pelbagai isu. Antaranya ialah kontroversi menghentikan persekolahan anak-anak demi mengejar akhirat, isu makanan sunnah dan vaksin serta kelantangannya dalam mengeluarkan pendapat di media sosial.

Bagaimanapun, dia tidak berpecah atau mempunyai masalah dengan jemaah tabligh sehingga mengeluarkan kenyataan terbabit.

“Tak bersama bukan bermaksud berpecah. Masing-masing berjalan dengan jalan yang sama iaitu Allah dan Rasul,” jelasnya.

Rezeki Zul Yahya Semakin Melimpah Setelah Berhenti Dunia Hiburan

Pelakon Zul Yahya pernah popular satu masa dulu. Lakonannya yang bersahaja sememangnya berjaya mencuit hati ramai penonton. Zul Yahya lebih dikenali sebagai pelakon komedi dan pernah muncul dalam beberapa filem seperti MX3 dan Brainscan.

Namun dia juga pernah memegang watak lebih serius seperti filem Leftenan Adnan dan Gerak Khas The Movie. Zul Yahya kini sudah berumur 43 tahun dan telah mempunyai 4 orang cahayamata bersama isteri tercinta, Siti Raihan.

Pelakon ini kini giat aktif berniaga dan telahpun mempunyai butiknya sendiri yang diberi nama “ZulYahya”. Selain itu, dia juga kini lebih mendekatkan diri dengan ilmu agama.Tahniah diucapkan.

Zul atau nama sebenarnya, Zulkiffili Yahaya, 46, berkata, dia bukan ulama atau ustaz yang boleh berbicara mengenai agama secara mendalam apatah lagi dirinya masih belajar.

Zul Yahya Solat Jemaah Di Masjid Tanpa Ikut SOP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker