Beza Isu Cium Ketiak Dan Privasi Hamil – Ayda Jebat

Sebaran :

“Bila tiba masa yg sesuai kami akan umumkan,” demikian kata penyanyi dan pelakon Ayda Jebat yang menjelaskan belum masanya lagi untuk dia mengulas lanjut berhubung dakwaan kehamilannya selepas tular kisah dirinya kini berbadan dua.

“Di samping itu saya berharap berdoa lah untuk yg terbaik buat kami.” sambung Ayda

Ayda bersama suaminya, pengacara Nabil Mahir memohon orang ramai dan peminat agar mendoakan kesejahteraan mereka dan bersabar. Tambah Ayda, isu hamil dan ‘cium ketiak’ tidak sepatutnya dijadikan kayu ukur untuk netizen atau tularkan tanpa kesahihan. Bagi penyanyi lagu ‘Parah Parah’ itu sendiri, dia dan suami punyai perancangan sekiranya benar mereka bakal menimang cahaya mata kelak.

“Ada beza isu cium ketiak yang tak nak privasi dan hamil, ini situasi berbeza. ia seperti kita nak berkahwin sudah ad tarikh tapi orang lain umumkan. Biarlah tuan badan sendiri yang buka mulut. Kita pun sudah ada perancangan yang disusun dan kami juga terbabit dengan beberapa jenama serta duta produk yang tak boleh main hentam saja,” ujar ayda ketika diundang sebagai tetamu di Bawang Live pada Rabu.

Sementara itu, kata Nabil yang bernikah dengan Ayda pada 1 Januari 2021, dia tampil lantang bersuara apabila kecoh kononnya Ayda kini sedang hamil apabila melihat isterinya itu menitiskan air mata.

“Saya tak pasti macam mana nak respon apabila ada antara dan kenalan yang bertanyakan hal itu (hamil). Tetapi saya marah apabila melihat isteri saya menitiskan air mata. Memang pantang! Jangan buat isteri saya menangis,” tutur Nabil.

Dalam pada itu, Nabil turut ditanya oleh hos Bawang Live iaitu Dahlia Syazwan mengenai adakah dirinya bakal bergelar bapa, ini jawab Nabil: “Saya bapa kepada kucing-kucing dan bisnes saya”.

Terdahulu, sebuah portal hiburan melaporkan Ayda dan Nabil difahamkan bakal menimang cahaya mata namun situasi menjadi kecoh apabila laporan itu dikeluarkan tanpa kebenaran pasangan terbabit.

 


Sebaran :

Leave a Reply