Sokongan Terhadap PN Masih Diteruskan Tapi Sehingga Bubar Sahaja – Ahmad Maslan

PONTIAN: Ahli Parlimen Umno dan Barisan Nasional (BN) diminta terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga Parlimen dibubarkan, kata Setiausaha Agung BN Ahmad Maslan.

Beliau berkata, sokongan itu penting untuk memastikan kerajaan sedia ada dapat melakukan yang terbaik dalam usaha mengekang pandemik Covid-19.

Sah: Surat Zahid mengenai hubungan dengan PPBM



“Kerajaan sekarang adalah kerajaan campuran, ia bukan hanya kerajaan PN tetapi juga kerajaan Barisan Nasional dan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS)…. sehingga pembubaran (Parlimen), kami masih bersama dalam kerajaan campuran ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 di Klinik Kesihatan Pontian.

Turut menerima suntikan vaksin Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi merangkap Ahli Parlimen Tanjung Piai, Wee Jeck Seng dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Sebatang, Muhammad Taqiuddin Che Man.

Haha, Muhyiddin ajak saya sertai PN, baik bubar saja kata Shafie



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker