[VIDEO] Pemandu Teksi dan Penunggang Motosikal ‘Bertempur’ Dilampu Isyarat

KUALA LUMPUR: Kejadian seorang lelaki dilihat memukul seorang warga tua dengan kunci stereng di lampu isyarat berdekatan Lebuhraya Sprint Damansara, Petaling Jaya di sini yang tular di media sosial semalam, dipercayai berpunca daripada perselisihan faham.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Nik Ezanee Mohd Faisal berkata kejadian pada 6.20 petang itu, melibatkan seorang penunggang motosikal berumur 46 tahun dan seorang pemandu teksi berumur 71 tahun.

Beliau berkata, kejadian berlaku selepas penunggang motosikal terbabit dipercayai membunyikan hon kepada seorang pemandu teksi yang dipercayai bertindak memotong laluan secara melulu tanpa memberikan isyarat.

BIADAP! Rembat ‘Handbag’ ketika solat, tak cukup satu siap patah balik lagi [Video]

“Setibanya di lampu isyarat, penunggang motosikal terbabit bertindak menegur pemandu teksi berkenaan sehingga tercetusnya pertengkaran mulut. Ia membawa kepada tindakan penunggang terbabit mengetuk cermin kereta milik pemandu teksi itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nik Ezanee berkata pemandu teksi itu kemudian dilapor mengeluarkan kunci stereng dan didakwa memukul penunggang motosikal itu sehingga mendatangkan kecederaan pada tangan kanannya.

“Pemandu teksi itu bagaimanapun turut membuat laporan polis mendakwa penunggang motosikal berkenaan telah mengancam dirinya dengan menggunakan topi keledar selain memukul dengan menggunakan kunci stereng yang dirampas daripadanya,” katanya.

Beliau berkata susulan kejadian itu, polis menahan kedua-dua lelaki berkenaan pada 4.25 pagi tadi untuk siasatan lanjut.

Nik Ezanee berkata kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan selain Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana gaduh gempar.

Terdahulu, tular satu video berdurasi 1 minit 36 saat memaparkan dua individu terlibat dalam insiden pergaduhan di persimpangan lampu isyarat

Terbabas masuk longkang akibat stereng terkunci

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker