Terbabas masuk longkang akibat stereng terkunci

KENDERAAN pelbagai guna (MPV) dipandu seorang wanita terbabas ke dalam longkang selepas stereng kenderaan terbabit dikatakan tiba-tiba terkunci dalam kejadian di Kilometer 26 Jalan Kuala Lumpur-Seremban berhampiran Kajang, malam ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 7.01 malam tadi.

“Siasatan awal mendapati ketika kejadian pemandu wanita berusia 37 tahun berkenaan bersama dua anaknya dari Sungai Jelok menghala ke Taman Jasmin.

“Sebaik tiba di lokasi, MPV Proton Exora dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke dalam longkang di kiri jalan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, wanita itu dan dua anaknya tidak cedera dan tidak membabitkan kerosakan kepada harta benda awam.

Terdahulu, satu status mengenai kejadian itu yang didakwa berpunca akibat stereng MPV berkenaan tiba-tiba terkunci tular di media sosial hari ini.

Selain status terbabit, gambar serta video berdurasi 19 saat yang dipercayai dirakam melalui kamera papan pemuka kenderaan lain turut tular.

Dalam video berkenaan, MPV itu dilihat berada di laluan kiri sebelum hilang kawalan dan masuk ke dalam longkang di lokasi terbabit. HM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker