Maritim Malaysia tahan kapal kargo buang sisa minyak di perairan Selangor

LUMUT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah kapal kargo yang disyaki membuang sisa minyak di perairan Selangor kira-kira 21.7 batu nautika timur laut Pulau Jarak dekat sini.

Pengarahnya, Shahrizan Raman berkata terdahulu, pesawat agensi itu memaklumkan rondaan di perairan perairan berkenaan dan mengesan tindakan kapal kargo yang mencurigakan sebelum memaklumkan perkara tersebut kepada Maritim Malaysia Selangor.

Beliau berkata susulan maklumat itu, pihaknya melalui Kapal Maritim (KM) Gagah yang sedang melakukan rondaan segera ke lokasi terbabit untuk melakukan pintasan serta penggeledahan secara menyeluruh ke atas kapal tersebut pada kira-kira 12 tengah hari semalam.

“Kapal kargo tersebut dikatakan dalam perjalanan menghala ke utara dan telah memasuki perairan negeri Perak.

Syarikat penerbangan tawar khidmat kargo untuk kurangkan kesan krisis Covid-19

“Kapal berkenaan (yang) berdaftar di Haiphong, Vietnam (sedang) dalam perjalanan menuju ke Eropah dengan dikendalikan 22 kru warga Vietnam berumur lingkungan 30 hingga 65 tahun yang mempunyai dokumen perjalanan yang sah,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Shahrizan berkata kapal itu disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 (MSO) dan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kerana membuang sisa minyak ke dalam laut.

Beliau berkata kapal itu bersama kesemua kru kini ditahan di ‘South East Point’ (SEP) perairan Pulau Pangkor bagi tujuan pengambilan sampel minyak oleh Jabatan Alam Sekitar Perak untuk siasatan lanjut.

 

Warga Pulau Pinang diseru berhenti mengotorkan jalanan dengan membuang pelitup muka secara merata-rata – MBPP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker