Warga Pulau Pinang diseru berhenti mengotorkan jalanan dengan membuang pelitup muka secara merata-rata – MBPP

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menyeru orang ramai untuk membuang pelitup muka dengan penuh bertanggungjawab dan bukannya membuangnya ke merata-rata tempat di jalanan dan ke dalam longkang.

Dalam satu posting di Facebook Majlis Bandaraya Pulau Pinang-MBPP yang dimuat naik pada 15 Oktober, pihak mereka meminta orang ramai supaya membuang pelitup muka milik masing-masing dengan betul ke dalam tong sampah.



Majlis Bandaraya Pulau Pinang-MBPP

Beberapa gambar turut dimuat naik menunjukkan pekerja MBPP mengutip banyak pelitup pakai pakai buang di jalan raya dan di tempat awam lain di mana kalangan orang tidak bertanggungjawab telah melemparkannya.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang-MBPP



“Hargai kerja keras barisan wira-wira Baju Kuning MBPP yang selalu berusaha membersihkan negeri kita,” ujar kapsyen bersama muat naik gambar-gambar tersebut.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang-MBPP

Bersama beberapa komen di mana warga Pulau Pinang menzahirkan ucapan terima kasih kepada wira tidak didendang ini kerana telah berusaha tanpa mengenal penat lelah untuk membersihkan alam sekitar.



Majlis Bandaraya Pulau Pinang-MBPP

Apa yang memalukan adalah sikap pembuang pelitup muka pakai buang atau apa juga sampah itu sendiri. Sikap anda yang berfikir akan ada orang yang dibayar gaji untuk mengutip sampah yang dilemparkan oleh anda adalah satu sikap yang tidak bertanggungjawab serta tidak bertamadun sama sekali.



Majlis Bandaraya Pulau Pinang-MBPP

Manakala dalam hal ini pula, seorang yang sewenang-wenangnya meninggalkan pelitup muka pakai buang secara merata-rata boleh meninggalkan risiko untuk menjadi salah satu sebab mengapa virus COVID-19 terus menular.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang-MBPP



Majlis Bandaraya Pulau Pinang-MBPP

Majlis Bandaraya Pulau Pinang-MBPP



Setiap orang perlu bekerjasama dengan sentiasa menjaga kebersihan ketika negara sedang berhadapan dengan wabak ketika ini. Dan bukan perkara susah untuk setiap orang membuang sampah ke dalam tong sampah.

Kredit: Era Baru

Sesuka hati buang sampah, Taman Negara Thailand hantar semula sampah ke alamat pengunjung sebagai ‘cenderahati’

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker