[VIDEO] Muka Ada Sunyum…Dah Tak Baling Barang, Staf J&T Buat Kerja ‘Lemah Lembut Sambil Lempar Senyuman’ Buat Netizen Terhibur
Sebelum ini tular di media sosial mengenai pekerja syarikat penghantaran barang J&T yang membaling ‘parcel’ pelanggan kerana mogok komisen telah dikurangkan.
Terbaru, menerusi perkongsian di aplikasi TikTok milik seorang lelaki bekerja di J&T telah memuat naik satu video memaparkan keadaan selepas peristiwa dahulu.
Dah Tak BaIing Barang Lagi..
[KGVID]https://videos.files.wordpress.com/rJjqw7Y2/staf-jnt-buat-kerja-lemah-lembut-sambil-lempar-senyuman..dah-tak-baling-barang_hd.mp4[/KGVID]Menerusi video berdurasi 23 saat itu, dapat dilihat ‘parcel’ yang diterima oleh pihak J&T sewaktu promosi berlangsung dijaga dan diatur dengan elok tanpa mencampakkan seperti dahulu.
Meskipun barang diterima dalam kuantiti yang banyak namun, mereka berjaya mengatur dengan langkah lebih berhati-hati.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen ‘terhibur’ dengan cara lelaki tersebut dan memesan agar sentiasa menjaga barang pelanggan.
Selain itu, mereka juga mengakui meskipun J&T melakukan masalah dahulu namun, masih tetapi dihati kerana perkhidmatan yang laju dan pantas.
Kan bagus kalau dulu macam ini
Sopan sangat tu! J&T tetap dihati
Senyum sampai telinga tu
Kerja elok2 bang!
Macam ini kan bagus! Tak ba.ling-ba.ling barang. ‘Customer’ pun gembira barang sampai cepat dan elok. Bagus, teruskan-OhMYM
Sumber: TikTok Wbas,