Tawan Taiwan hanya dalam masa 18 jam

Seorang peminat basikal negara, Mohammad Mos, 45, bakal mencipta nama dalam Malaysia Book of Records (MBR) sebagai rakyat Malaysia terpantas apabila berjaya menamatkan cabaran kayuhan sejauh 510.64 kilometer (km) dari utara ke selatan Taiwan dengan mencatatkan masa selama 18 jam dan 13 minit hari ini.

Mohammad menamatkan kayuhan cemerlang itu pada 6.18 petang hari ini dalam cabaran kayuhan bermula 12 tengah malam tadi.

Beliau turut melakar kejayaan apabila berjaya menduduki tempat kedua daripada 500 peserta yang menyertai cabaran itu.

Sementara itu, Perunding Rekod Kanan, The Malaysia Book of Records (MBR), Edwin Yeoh ketika dihubungi berkata, pihaknya sudah menerima keputusan rasmi kejayaan dilakar Mohammad itu.

Katanya, beliau sudah menghantar keputusan rasmi itu kepada panel hakim MBR untuk pengesahan.

“MBR akan mengeluarkan keputusan rasmi sebelum tengah hari esok bagi menganugerahkan Mohammad sebagai rakyat Malaysia terpantas menyertai cabaran kayuhan sejauh 510.64 kilometer (km),” katanya.

Program anjuran Taipei City Sports Federation Free Car Association itu disertai 500 pelumba tempatan selain Amerika Syarikat, German, Itali,F ilipina, Thailand dan Indonesia.

Oktober lalu, Mohamad mencipta nama apabila berjaya melakukan Cabaran Kayuhan Gunung Wuling Taroko 3,275 meter di Taiwan.

Cabaran kayuhan melebihi 200 km itu adalah trek perlumbaan basikal tahunan paling mencabar bagi peserta dunia yang terkenal dengan gelaran Raja Gunung Taroko atau Taroko King of Mountains (Taroko KOM).-HM

“Banyak Kepala Sperma Yang Cacat” – Aktif Berbasikal Menyebabkan Air Mani Lelaki ‘Lemah’?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker