[VIDEO] Berang Ditegur , Buka Terus Seluar Dalam Jadi Pelitup Muka

Seorang wanita yang berang ditegur kerana tidak memakai pelitup muka di sebuah pasar raya bertindak menggunakan seluar dalamnya sebagai ganti, lapor akhbar Daily Star, kelmarin.

Aksi spontan wanita itu dirakam oleh televisen litar tertutup pasar raya Pick n Pay di Afrika Selatan selepas dimaklumkan pekerja di situ bahawa tiada layanan akan diberikan kepadanya  kerana tidak memakai pelitup muka.

VIDEO DIBAWAH:-

[KGVID]https://videos.files.wordpress.com/OtCBpmdz/berang-ditegur-buka-terus-seluar-dalam-jadi-pelitup-muka_hd.mp4[/KGVID]

Tindakan tersebut mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial dan mempertahankan tindakan tegas pekerja pasar raya berkenaan penggunaan pelitup muka.

“Duduk di rumah dan lakukan pembelian online jika anda tidak mahu memakai pelitup muka,” kata seorang pengguna Facebook.

“Ini sangat menjijikkan. Dia sepatutnya peka dengan peraturan yang sudah dikuat kuasakan di seluruh dunia,” komen seorang lagi.

Pada Disember tahun lalu, Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa menekankan bahawa perbuatan tidak memakai pelitup muka di tempat awam adalah satu kesalahan jenayah.

Mana-mana individu yang didapati bersalah melanggar arahan pemakaian pelitup muka boleh dikenakan hukuman tidak melebih enam bulan atau denda atau kedua-duanya sekali. – Agensi

Cabul, simpan seluar dalam pesakit kerana pengaruh rakan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker