KENYATAAN WAN FAYHSAL DISINDIR SHABERY CHEEK, BUKTI BERSATU KETANDUSAN PEMIMPIN BERKUALITI



Sebaran :

Kenyataan dangkal dan sekaligus angkuh Ketua Armada Bersatu yang juga berjawatan Timbalan Menteri dalam kerajaan Perikatan Nasional iaitu Wan Ahmad Fayhsal disindir oleh Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek.

Ini kerana kononnya menurut Fayhsal, beliau berharap Barisan Nasional akan bersama Perikatan Nasional mengharungi PRU-15 tetapi dalam masa yang sama mengatakan zaman UMNO sebagai parti dominan sudah berakhir.

Menurut Shabery, Bersatu sepatutnya menjaga rakan sekutu berbanding ‘mencucuk’ agar bergaduh sesama sendiri, dengan memberi contoh bagaimana UMNO lakukan dengan rakan sekutunya MCA.



Parti dominan kena jaga kawan. Dahulu waktu MCA susah, UMNO bersusah payah menstabilkannya. Bukan hantar orang cucuk supaya gaduh sama sendiri. Tun Ghafar pernah jaga MCA 10 bulan sewaktu krisis Neo Yee Pan – Tan Koon Swan (1983) sehingga pulih. Kerajaan BN perkasakan TAR College anjuran MCA, kerana orang Cina sangat beratkan hal pendidikan. Bila DAP hentikan bantuan TAR College, orang Cina hukum PH di Tanjung Piai.”

Kenyataan Fayhsal dilihat angkuh kerana mungkin menteri muda tersebut tidak menyedari atau buat-buat lupa bahawa Bersatu sendiri tidak mempunyai akar umbi dan hanya pandai memanipulasi sokongan PAS. Sebelum ini Bersatu turut cuba menarik sokongan akar umbi UMNO tetapi tidak berjaya kerana parti tersebut dilihat tidak mempedulikan hati rakan sekutu yang banyak membantunya membentuk kerajaan sebelum ini.

Shabery turut menyindir, Bersatu sepatutnya menjaga kebajikan rakyat ketika berkuasa kerana parti tersebut dilihat tidakpun membuat kerja berbanding UMNO sendiri.



Bersatu bila pegang jawatan tertinggi mesti mainkan peranan sebagai parti dominan. Kena jaga kebajikan rakyat. Bukan sahaja melalui kerajaan tetapi juga melalui parti.”

Bandingkan peranan yang sentiasa dibuat oleh Wanita, Pemuda dan Puteri Umno. Di semua peringkat. Sepatutnya Srikandi Bersatu yang ketuanya Menteri jaga kebajikan, lebih sibuk gerakan sukarelawan dan wanita partinya bantu rakyat susah seluruh pelusuk negara.”

Shabery juga mempertikai kenapa Parlimen masih digantung sedangkan sekolah dan restoran dibenarkan buka.



Hari ini ramai sudah persoalkan kenapa Parlimen digantung? Sekolah dah boleh, restauran dah boleh. Kenapa Parlimen tidak boleh? Apakah sebab mahu elak pembangkang atau mahu elak UMNO? Kan kita parti bersahabat?

Justeru itulah bezanya menteri berpengalaman dan menteri muda yang lebih banyak mencetus kenyataan ‘separa masak’ seperti Fayhsal yang sebelum ini mencadangkan kerajaan menghapuskan hutang golongan B40 serta mencetak duit dengan banyak bagi membantu rakyat yang menjadi bahan jenaka rakyat.

Ini juga sekaligus menunjukkan bahawa Bersatu bukan sahaja tidak mempunyai akar umbi dan hanya memanipulasi PAS tetapi juga membuktikan mereka juga ketandusan pemimpin yang berkualiti.



Sebagai rekod, YDP Agong telahpun menzahirkan pandangannya bahawa bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat.

Kenyataan baginda jelas dilihat bertentangan dengan pandangan kerajaan sendiri sebelum ini yang menggantung Parlimen kononnya kerana darurat. Perkara tersebut turut disindir oleh Shabery;

Daulat Tuanku! Maka tidak salahlah mereka yang bersuara meminta Parlimen kita dibuka walaupun dalam tempoh darurat.”



Bersatu perlu lebih berhati-hati selepas ini dan jangan terlihat diktator dalam memutuskan sesuatu perkara tanpa merujuk kepada Istana terlebih dahulu.

Sumber : editormalaysia.com

 


Sebaran :


Leave a Reply