Jadual peperiksaan sesi petang SPM dilewatkan 15 minit, berkuat kuasa 1 Mac

 

KUALA LUMPUR : Jadual peperiksaan sesi petang bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 dipinda dari pukul 2 petang kepada 2.15 petang, berkuat kuasa 1 Mac depan.

Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (LPKPM) memberitahu, pindaan itu akan diguna pakai sehingga tamat peperiksaan tersebut pada 25 Mac depan.



“Pindaan itu adalah bertujuan untuk memberi ruang dan keselesaan kepada calon berehat, makan dan menunaikan sembahyang sementara menunggu waktu mula peperiksaan bagi sesi petang,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.

Sehubungan dengan itu, LPKPM memohon kerjasama semua pihak yang terlibat dengan peperiksaan SPM 2020 termasuk calon, ibu bapa, petugas peperiksaan, pihak sekolah, pejabat pendidikan daerah (PPD) serta Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk mengambil perhatian dan tindakan berkaitan.

Program imunisasi Covid-19 mungkin selesai sebelum akhir tahun



Jelasnya, pindaan jadual peperiksaan SPM ni dibuat demi kepentingan dan kebajikan calon SPM bagi memastikan kelancaran pengurusan peperiksaan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Sebanyak 401,105 pelajar di seluruh negara menduduki peperiksaan SPM dan Sijil Vokasional Malaysia (SVM).

Sebanyak 3,310 pusat peperiksaan SPM mengikuti garis panduan dan SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

 



Cadangan “BATAL SPM”, Kumpulan Pendidikan Tidak Gembira

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker