Diana Danielle jawab isu ‘buat’ hidung

Diana Danielle jawab isu ‘buat’ hidung

Pelakon, Diana Danielle mengambil pendekatan untuk tidak menjelaskan sebarang dakwaan yang mengatakan dia baru menjalani prosedur pengubahsuaian wajah.

Selebriti berusia 32 tahun itu berkata, dia enggan mengambil pusing kata-kata netizen dan menyerahkan segala pandangan awam untuk menilai penampilannya sekarang.



“Saya memang ada rasa kekurangan dalam diri termasuk dengan tubuh badan sendiri. Bagi saya, normal orang ramai akan bercakap walau sempurna mana pun diri kita.

“Tak perlu untuk saya jelaskan secara terperinci (buat hidung). Kalau hendak tahu sila DM (hantar mesej peribadi). Kalau orang perasan, terpulanglah,” katanya.

Pemilik nama lengkap Diana Danielle Danny Beeson ditemui selepas pelancaran single baharu berjudul Bersama Dengan Rindu di Datum Jelatek, di sini hari ini.

Single berkonsepkan patah hati itu itu merupakan hasil ciptaan sepenuhnya oleh Ezra Kong dan diterbitkan oleh Universal Music Malaysia.



Perubahan drastik pada wajah Diana terutamanya di bahagian hidung yang kelihatan agak muncung mula diperkatakan ramai selepas ibu dua anak itu hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Isnin lalu, bagi prosiding hadanah.

Wajah pelakon yang masih menjalani tempoh iddah selepas sah bercerai dengan Farid Kamil, 10 Ogos lalu, dikatakan kelihatan sangat berbeza jika dibandingkan dengan penampilannya sebelum ini. Utusan

Diana Danielle jawab isu ‘buat’ hidung

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jumpa kamu di alam lain Nad – Sharifah Sakinah

Aliff Syukri bengang pasal Ira dan Puteri Sarah



Berzina dengan ibu kandung

Saya tahu masalah Nad – Marsha Milan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker