TMJ sumbang RM200,000 pada Ebit Lew, pelawa lakukan umrah bersama

KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas yang terkenal dengan sifat dermawannya, Ustaz Ebit Lew sebak dan terharu sebaik menerima sumbangan RM200,000 daripada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bagi misi bantuannya.
Menerusi perkongsian di Facebook, Ebit Lew turut menzahirkan rasa terharu apabila Tunku Ismail memberi kata semangat dan mendoakan segala urusannya serta menaja pasukan misi bantuannya untuk menunaikan ibadah umrah.
“Terharu sebak dapat berjumpa Tunku Ismail. Tunku berkenan menerima mengadap. Terharu Tunku memberi kata semangat dan mendoakan.
“Tunku hadiahkan RM200,000 bagi misi saya. Tunku juga ingin taja semua pasukan saya pergi umrah. Insya-Allah akan bersama Tunku dalam Kembara Johor.
“Ya Allah TMJ sangat baik. Raja yang kuat memikirkan keadaan rakyat Johor dan seluruh Malaysia,” ujar Ebit Lew dengan penuh rasa terharu dan bersyukur.
Beliau juga menyatakan sempat berbual panjang dengan Tunku Ismail tentang cara dan usaha untuk membantu orang susah serta menjaga nama baik agama Islam.
“Tadi panjang berbual berbincang bagaimana nak bantu orang susah dan menjaga agama Islam. Mendidik anak muda. Naikkan institusi pendidikan.
“Saya malu sangat. Serius terharu terkesan akhlak dan sifat TMJ. Bayangkan dilayan macam kawan jer. Sedangkan saya cuma orang biasa.
“Dari awal lagi masa beri bantuan Tunku selalu beri semangat pada saya. Kami selalu bermesej juga.
“Kata beliau paling berharga; ustaz teruskan kebaikan ini walau orang tidak suka. Kita hidup bukan untuk popular tapi berjaya. Bantu rakyat.
“Sedangkan usaha saya ini amat kecil dibandingkan usaha TMJ,” tambah Ebit Lew.
.
Ebit yang cukup popular dengan keprihatinannya terhadap orang yang memerlukan, turut mendedahkan bahawa Tunku Ismail ada menawarkan untuk membantu segala misi di masa akan datang.
“Ya Allah kurniakanlah rahmat kesihatan buat Tuanku agar terus memimpin kami,” doa Ebit dalam hantaran di Facebooknya pada Jumaat.
Sumber Facebook ebitlew
Sementara itu, Tunku Ismail menzahirkan rasa kagum dengan usaha Ebit Lew dalam menyampaikan bantuan kepada golongan memerlukan dari seluruh negara, termasuk di negeri ini.
Tunku Ismail dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook rasmi milik baginda bertitah, Ebit Lew sering menolong rakyat terutamanya golongan asnaf dan daif yang memerlukan bantuan dengan sumbangan dan usaha-usaha kebajikan.
“Antara aktiviti-aktiviti sumbangan yang paling saya kagumi adalah usaha beliau dalam membantu rakyat dengan peralatan perubatan, bekalan makanan dan barang keperluan asas.
“Saya juga telah memberi sumbangan kepada usaha kebajikan Ustaz Ebit Lew agar beliau dapat membantu lebih ramai lagi rakyat yang memerlukannya,” kata Tunku Ismail.
Sumber Facebook hrhcrownprinceofjohor

Sumber : Astro Awani

 

 

TMJ hadir pada perlawanan JDT. Tapi tindakan Putera Sulung Buat Dia Terharu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker