Skandal dengan Nissa Sabyan, Ayus minta maaf
Jakarta: Pemain keyboard kumpulan Sabyan Gambus, Ayus membuat permohonan maaf susulan kontroversi dia curang terhadap isterinya apabila menjalin hubungan sulit dengan penyanyi kumpulan itu, Nissa Sabyan.
Ayus menerusi video berdurasi 44 saat yang dimuat naik di media sosial itu berkata, dia memohon maaf terhadap isterinya, keluarga dan anggota Sabyan Gambus yang tidak selesa dengan kesalahan dilakukannya.
“Mohon doakan semoga saya menjadi lebih baik lagi pada masa depan. Terima kasih, Assalamualaikum,” katanya.
Sejak minggu lalu, industri hiburan Indonesia hangat membicarakan kisah ‘cinta terlarang’ Ayus dan Nissa yang dikata sudah terjalin secara rahsia sejak dua tahun lalu.
Malah, adik perempuan Ayus turut mengesahkan kepada media rumah tangga abangnya bermasalah dengan kehadiran Nissa sebagai orang ketiga.
Selain itu, isteri Ayus iaitu Ririe Fairus dikatakan sudah memfailkan perceraian selain Ayus dan Nissa didakwa sudah bernikah.
Sementara itu, Nissa terus mengambil pendekatan mengunci mulut berhubung perkara itu.
Bapanya yang dikenali sebagai Komar berkata, Nissa kini tidak boleh ditemui media kerana bercuti di Bogor bersama ibunya untuk menenangkan fikiran.
‘Ya, Benar Abang Saya Brsel1ngkuh Dengan Nissa Sabyan’ – Adik Ayus