Anjing dicuri, Lady Gaga tawar habuan RM2.02 j

Penyanyi terkenal Hollywood, Lady Gaga menawarkan AS$500,000 (RM2.02 juta) kepada sesiapa yang memulangkan kembali dua ekor anjing peliharaannya jenis French Bulldog bernama Koji dan Gustav yang dicuri dalam rompakan bersenjata pada Rabu lalu pukul 10 malam waktu tempatan.

Dalam kejadian tersebut, pekerja yang diupah untuk membawa anjingnya bersiar-siar telah ditembak menggunakan pistol semi automatik oleh dua lelaki yang kemudian bertindak melarikan haiwan berkenaan menaiki sebuah kereta sedan berwarna putih.

Menurut Jabatan Polis Los Angeles (LAPD), pekerja yang ditembak telah dihantar ke hospital dan berada dalam keadaan stabil.

“Lady Gaga menawarkan setengah juta dolar kepada sesiapa sahaja yang memiliki anjing berkenaan dan tiada soalan akan disoal. Sesiapa yang pulangkan anjing dan menebus wang tunai boleh berurusan menggunakan emel [email protected],” ujar sumber.

Sementara seekor lagi anjing peliharaan pelantun lagu Shallow itu yang bernama Asia bagaimanapun selamat dalam serangan bersenjata tersebut dan telah diambil oleh salah seorang kakitangan Gaga.

Dalam pada itu, bapa Gaga, Joe Germanotta merayu agar anjing berkenaan dipulangkan kembali kepada anaknya dan memberitahu, insiden berkenaan telah menjejaskan keluarganya.

“Tolong kami untuk tangkap penjenayah ini. Menembak seseorang untuk mencuri anjing adalah salah,” kata Germanotta kepada Fox News. – K! ONLINE

Lelaki diburu terlibat kes samun bersenjata

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker