Lelaki diburu terlibat kes samun bersenjata


BATU PAHAT – Polis memburu seorang lelaki yang dipercayai menjadi dalang kes samun bersenjatakan parang di sebuah premis perniagaan di Rengit di sini pada 1 Febuari lalu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, pihaknya berjaya menahan rakan jenayah suspek berusia 39 tahun di Kampung Parit Amat Laut Rengit 2 petang semalam.

“Polis Batu Pahat telah menerima laporan polis daripada mangsa yang menyatakan telah disamun dengan bersenjatakan parang oleh dua lelaki yang tidak dikenali semasa sedang bekerja di sebuah premis perniagaan di Rengit.

“Akibat daripada itu mangsa telah mengalami kerugian wang tunai sebanyak RM400. Susulan daripada itu, pihak polis telah menubuhkan satu pasukan untuk mengesan dan menangkap suspek,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, salah seorang suspek telah berjaya ditangkap dan senjata yang digunakan berjaya dirampas.

“Suspek yang ditangkap berusia 39 tahun dan mempunyai 11 rekod lampau iaitu tiga kesalahan dadah dan lapan kesalahan jenayah.

“Ujian air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis heroin. Pihak polis sedang giat untuk mengesan rakan sejenayah suspek yang melarikan diri.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh salurkan kepada Inspektor Aminuddin di talian 019-3699455. K Online

Polis buru ahli ‘Geng 21’ libat kes samun, cubaan bunuh

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker